Tiga maut termasuk dua orang kanak dalam kemalangan jalan raya membabitkan treler yang terbabas di Jalan Lama Kota Bharu malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Tiga maut termasuk dua orang kanak dalam kemalangan jalan raya membabitkan treler yang terbabas di Jalan Lama Kota Bharu malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Balqis Jazimah Zahari


Gopeng: Tiga maut termasuk dua kanak-kanak dalam kemalangan membabitkan treler terbabas di Jalan Lama Kota Bharu di sini, kira-kira 10 malam tadi.

Mangsa maut adalah lelaki berusia 30 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berusia 6 dan 8 tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng menerima panggilan, 10.28 malam tadi dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi didapati kemalangan jalan raya membabitkan sebuah treler membawa muatan simen terbabas di bahu jalan menyebabkan tiga orang mangsa tersepit.

"Anggota mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana kedudukan lori treler dalam keadaan terbalik," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, operasi berkenaan turut menerima bantuan daripada anggota dari BBP Kampar.

"Keseluruhan operasi tamat pada jam 2.19 pagi," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2020 @ 7:57 AM