KENDERAAN dipercayai membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra pada 9.20 pagi ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah
KENDERAAN dipercayai membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra pada 9.20 pagi ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Rafidah Ruzki

Putrajaya: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Beliau dijangka mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pagi ini.

Lewat malam tadi, BH melaporkan pertemuan itu dipercayai membincangkan keputusan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu petang semalam, selain beberapa urusan kerajaan.

Sumber berkata, jemputan mesyuarat dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri tengah hari semalam, iaitu sebelum mesyuarat khas Raja-Raja Melayu bermula.

Bagaimanapun agenda mesyuarat di Putrajaya itu dikatakan masih tidak diketahui.


Muhyiddin dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Jemaah Menteri akan berbincang dengan lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam bahawa tiada keperluan untuk mengisytihar darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia buat masa ini.

Perdana Menteri berkata, Jemaah Menteri mengambil maklum mengenai kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara itu.

Katanya, keutamaan Jemaah Menteri dan kerajaan pada masa ini ialah melindungi rakyat daripada wabak Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2020 @ 10:04 AM