Mohd Jamilul Anbia Md Denin


Putrajaya : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) salah sebuah kementerian kerana disyaki menerima rasuah bagi satu tender kementerian.

Menurut sumber, lelaki berusia 42 tahun yang kini menjawat jawatan Pengarah di sebuah Pusat Latihan ditahan semalam ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

"Beliau disyaki menerima rasuah daripada syarikat-syarikat pembekal baja yang memasuki tender membekalkan baja di kementerian terbabit.

" Difahamkan tender itu sudah diberikan kepada tiga syarikat milik individu yang sama dengan nilai tender berjumlah RM118 juta bagi tempoh 2 tahun dari 2019 hingga 2020," katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan dijalankan mengikut seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tambah sumber itu lagi , saspek dihadapkan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini dan diluluskan permohonan reman selama 7 hari bermula hari ini hingga 12 Oktober 2020.

SUSPEK bekas Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) dibawa ke mahkamah Putrajaya untuk mendapat perintah tahanan reman pagi tadi.
SUSPEK bekas Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) dibawa ke mahkamah Putrajaya untuk mendapat perintah tahanan reman pagi tadi.

Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 11:29 AM