RUANG makan keluarga yang turut dipanggil Bilik Sejuk menjadi tempat Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra bersama isterinya Tun Sharifah Rodziah Syed Barakbah dan ahli keluarga makan bersama.

BERNAMA

RUMAH Merdeka yang terletak berhampiran Sungai Anak Bukit diberi nama oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra pada 1954 yang digunakannya sebagai tempat untuk merancang strategik politik pada Pliharan Raya Umum 1955, 1959, 1964 dan 1969 selain tempat mengumpul ahli keluarga beliau di Jalan Putra, Alor Setar.
Sebagai anak gahara yang berasal dari Kedah, dikatakan Almarhum Tunku Abdul Rahman sering pulang ke Negeri Jelapang Padi dan akan menginap di Rumah Merdeka di Jalan Tunku Abdul Rahman Putra sambil mencari ilham termasuk berkaitan dengan usaha mencapai kemerdekaan.

Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Perlis/Kedah, Abdul Jabar Mohamad Ridi berkata, rumah yang asalnya milik bonda Tunku Abdul Rahman iaitu Che Manjalara sebelum dihadiahkan kepada Almarhum Tunku itu menjadi tempat untuk merancang pelbagai strategi politik.

 RUANG bilik anak perempuan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Tunku Khadijah Tunku Abdul Rahman  di tingkat atas.

 RUANG tengah tingkat atas mempamerkan barang hobi seperti kamera dan video kamera milik Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.

 PERALATAN solek yang berada di dalam bilik tidur milik Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra bersama isterinya, Tun Sharifah Rodziah Syed Barakbah di tingkat atas Rumah Merdeka.

 SUDU dan garfu tembaga dipamerkan di ruang makan keluarga yang turut dipanggil Bilik Sejuk menjadi tempat Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra bersama isterinya, Tun Sharifah Rodziah Syed Barakbah dan ahli keluarga makan bersama di Rumah Merdeka di Jalan Putra, Alor Setar.

 RUANG bilik bacaan dan muzik milik Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra  di tingkat atas mempamerkan barangan Tunku seperti perabot asal, buku, peralatan muzik serta mempamerkan barang kepunyaannya yang menunjukkan mengenai hobinya di Rumah Merdeka.

 RUANG tengah tingkat bawah turut mempamerkan ruangan interaktif kepada pengunjung bagi menambah pengetahuan tentang Bapa Kemerdekaan.

 BARANGAN milik Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra seperti kaca mata dan buku yang berada di atas meja di ruang bilik bacaan serta muzik di  Rumah Merdeka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 8:01 AM