Dziyaul Afnan Abdul Rahman

SEORANG lelaki direman tujuh hari mulai hari ini, selepas disyaki merogol anak kandungnya yang baharu habis berpantang selepas melahirkan bayi di rumah mereka di Utan Aji, Kangar, Perlis, bulan lalu.

Majistret Kamaliza Md Zain membenarkan permohonan berkenaan selepas suspek ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Polis semalam, menahan suspek berusia 54 tahun di tapak parkir Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Difahamkan, suspek turut mengugut mahu mencederakan bayi wanita berusia 20 tahun berkenaan jika permintaannya tidak dituruti.

Wanita berkenaan yang bimbang dengan ugutan itu terpaksa merelakan tindakan bapanya selain suami mangsa tidak berada di rumah mereka.

Mangsa bagaimanapun bertindak membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan perbuatan bapanya yang memaksa dia melakukan amang seksual.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

Polis menahan lelaki berusia 54 tahun (tengah) semalam selepas disyaki merogol anak perempuan kandung yang baru selesai berpantang melahirkan anak pertamanya di rumah mereka dekat Utan Aji pada pertengahan bulan lalu dan direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Kangar hari ini. FOTO DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2020 @ 2:23 PM