LAPORAN portal Harian Metro
LAPORAN portal Harian Metro
Nurul Fatihah Sulaini


"ARWAH sempat balik melawat keluarganya yang tinggal di Sungai Buloh (Selangor) Januari lalu.

"Kami baru sahaja kehilangan bapa saudara yang juga abang kedua arwah 26 hari lalu akibat sakit tua di Kelantan dan kini kehilangan arwah," kata seorang ahli keluarga Allahyarham Tengku Endut Tengku Jusoh, 52 yang enggan namanya didedahkan.

Allahyarham Tengku Endut pulang ke rahmatullah hari ini, 11.05 pagi di Hamad Medical Centre, Doha, Qatar.

Allahyarham yang berasal dari Besut, Terengganu meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Menurut ahli keluarga Allahyarham itu, mereka sekeluarga menerima berita kehilangan arwah kira-kira 4 petang melalui anak arwah.

"Arwah anak bongsu dari lima beradik dan mempunyai enam orang anak antara 27 tahun hingga 12 tahun.

"Arwah amat rapat dengan keluarga, selalunya kami akan berjumpa apabila Aidilfitri tetapi tahun ini tidak dapat berbuat demikian," katanya ketika dihubungi di Jertih, malam ini.

Katanya, Tengku Endut berasal dari Kampung Air Tawar, Besut dan mula bekerja di Qatar sebagai jurutera di Qatar Airways kira-kira empat tahun lalu.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Qatar turut mengesahkan perkara terbabit menerusi akaun Facebook rasminya.

Perkara itu turut dikongsikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di akaun Facebook rasminya.

Berita berkaitan

Covid-19: Rakyat Malaysia hembus nafas terakhir di Doha

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2020 @ 11:55 PM