PUTRAJAYA 06 MAY 2020. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
PUTRAJAYA 06 MAY 2020. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Suraya Roslan


"PETANG ini saya dan sebahagian pasukan diberi peluang untuk berehat seketika selepas bekerja tanpa henti sejak Disember 2019 dalam respon dan kesiapsagaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghadapi penularan jangkitan Covid-19."

Demikian penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak bersiaran secara langsung seperti kebiasaan hari lain.

Dr Noor Hisham berkata, walaupun tiada sidang media dijadualkan hari ini, satu kenyataan akhbar tetap akan menyusul bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat maklumat terkini berkaitan status jangkitan Covid-19 dalam negara.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan setiap petang kelibat lelaki berjaket hitam tertera perkataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antara dinanti-nanti rakyat Malaysia bagi mengetahui perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia.

Selepas lima bulan bekerja tanpa henti dan 'bersilat' menjawab soalan wartawan setiap hari, akhirnya hari ini beliau diberi cuti oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) daripada membuat sidang media.

Media dimaklumkan Dr Noor Hisham diberi cuti oleh PMO daripada melakukan sidang media hari ini, bagaimanapun tugas-tugas lain masih berjalan seperti biasa.

Berita berkaitan

Dr Noor Hisham 'cuti' hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2020 @ 5:12 PM