Murni Wan Omar dan Suraya Roslan


MENTERI Kanan (kluster keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Selayang dan Chow Kit seperti tular di media sosial.

Menurutnya, ia belum dilaksanakan sebaliknya kawalan diperketatkan secara pentadbiran.

"Belum, selagi saya belum umumkan tidak ada PKPD tetapi setengah tempat kita perketatkan kawalannya secara pentadbiran. Jadi mungkin kita kawal dengan kawat berduri dan sebagainya tetapi kita tak isytiharkan PKPD.

ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkawal sekitar laluan keluar masuk ke Pasar Chow Kit. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkawal sekitar laluan keluar masuk ke Pasar Chow Kit. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

"Kita kawal dari segi keluar masuk dan melakukan saringan kesihatan 'swab test' terhadap setiap peduduk di situ. katanya ketika sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut memaklumkan sektor perniagaan di dalam kawasan merah masih belum boleh memulakan operasi mereka.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2020 @ 2:30 PM