POLIS trafik di Bangalore, India memakai topi keleder bertemakan Covid-19. FOTO AFP
POLIS trafik di Bangalore, India memakai topi keleder bertemakan Covid-19. FOTO AFP
Agensi

New York: Jumlah jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) di seluruh dunia kini mencecah satu juta kes.

Pada masa sama, jumlah kematian akibat wabak itu menghampiri 50,000 orang.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pihaknya menjangka angka individu dijangkiti menjadi satu juta dalam masa beberapa hari lagi.

“Saya begitu bimbang dengan penularan wabak ini yang amat pantas,” katanya seperti dilaporkan AFP.

Setakat semalam, Amerika Syarikat (AS) menjadi negara yang merekodkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi iaitu 215,417 kes.

Ia berdasarkan data dari Universiti Johns Hopkins di Baltimore, Maryland, AS.

Data sama menunjukkan seramai 5,116 orang di negara itu disahkan meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2020 @ 2:34 PM