GAMBAR fail, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak
GAMBAR fail, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak
Zahratulhayat Mat Arif


TUJUH bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak dijangka menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, esok.

Sumber memberitahu pertemuan itu dijadual berlangsung di Istana Kinta, Ipoh pada 5 petang.

Bagaimanapun, tujuan pertemuan berkenaan tidak diketahui.

Antara Exco itu adalah Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Dr Abdul Aziz Bari; Howard Lee Chuan How; Tan Kar Hing; Wong May Ing; Datuk Asmuni Awi and A Sivanesan.

Sehingga hari ini, Perak masih belum mempunyai Menteri Besar selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengemuka surat peletakan jawatannya kepada Sultan Nazrin beberapa hari lalu.

Dengan peletakan jawatan itu, semua 10 Exco terlucut jawatan mengikut Perlembagaan Perak.

Pada Isnin, kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu runtuh selepas Exco Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menarik diri.

Mengenai calon menteri besar yang baharu, pemimpin Bersatu menamakan Ahmad Faizal manakala, UMNO menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad.

PAS pula meletakkan Razman Zakaria yang juga ADUN Gunung Semanggol.

Berikutan pensejajaran kerajaan, Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan Perikatan Nasional memiliki 32 kerusi DUN - UMNO (25), Bersatu (4), PAS (3) dan tiga Bebas. PH memiliki 24 kerusi iaitu DAP (16), Amanah (5) and PKR (3).

  • Lagi berita berkaitan Kabinet baharu |

  • Barisan Kabinet baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 9:11 PM