BERNAMA

HARGA runcit petrol RON95 turun 19 sen seliter manakala RON97 turun 21 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 13 Mac.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga RON95 dan RON97 bagi tempoh itu masing-masing ialah RM1.89 seliter dan RM2.19 seliter.

Kementerian itu turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak 17 sen seliter kepada RM1.96 seliter.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2020 @ 5:23 PM