KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan maut di Kampung Salak Stesen.FOTO Balqis Jazimah Zahari
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan maut di Kampung Salak Stesen.FOTO Balqis Jazimah Zahari
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


LIMA termasuk bayi maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan treler berdekatan Kampung Salak Stesen di Sungai Siput malam tadi.

Seorang lagi turut cedera dalam kejadian terbabit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya pada 10.26 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput ke lokasi.

Menurutnya, nahas itu menyebabkan enam mangsa yang tersepit dalam sebuah Proton Saga yang dinaiki mereka.

“Kemalangan itu menyebabkan dua wanita, seorang lelaki, seorang kanak-kanak perempuan dan bayi maut di lokasi kejadian.

“Seorang kanak-kanak lelaki parah,” katanya.

Menurutnya, operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa sedang dijalankan.

“Dua daripadanya sudah dihantar ke Hospital Sungai Siput manakala dua lagi dalam proses untuk dikeluarkan dari kereta berkenaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 12:03 AM