Raja Noraina Raja Rahim


TIGA sekeluarga meninggal dunia termasuk seorang bayi, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 457.9 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Sierramas di Sungai Buloh, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 1.58 tengah hari.

Katanya, kemalangan membabitkan Proton Persona yang dipercayai melanggar belakang treler yang diletakkan di bahu jalan.

“Terdapat lima mangsa iaitu pemandu wanita, seorang remaja lelaki, seorang kanak-kanak dan dua bayi.

“Tiga disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala dua lagi cedera. Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 3:23 PM