Ahmad Ismail

“KAMI bimbang bah besar pada 2011 berulang dan mengambil keputusan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana lebih selamat,” kata Ketua Kampung Lembah Bakti, Faizul Jaafar, 46.

Menurutnya, jam 5.30 pagi semalam beberapa rumah penduduk mula dinaiki air sedalam kira-kira satu meter menyebabkan mereka mengambil keputusan membawa semua dokumen penting dan berpindah ke PPS iaitu Balai Raya Kampung Lembah Bakti.

Katanya, seramai 21 keluarga membabitkan 97 mangsa lelaki, perempuan, bayi dan kanak-kanak mula menghuni PPS sejak 11 pagi.

“Berdasarkan pengalaman bah besar pada 2011, PPS ini turut dinaiki air. Jam 2 petang kami berpindah ke PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ai Chun, Tenang kerana lebih selamat.

ANGGOTA bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Usaha Jaya dan Sungai Karas, Labis.
ANGGOTA bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Usaha Jaya dan Sungai Karas, Labis.

PENDUDUK kampung mula  berpindah selepas kediaman dinaiki air di Kampung Melayu Mardi, Kluang.
PENDUDUK kampung mula berpindah selepas kediaman dinaiki air di Kampung Melayu Mardi, Kluang.

“Perpindahan mangsa ke SJKC Ai Chun turut dibantu kenderaan Majlis Daerah Labis (MDL) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Segamat malah ada juga mangsa berpindah menggunakan kenderaan sendiri,” katanya ketika ditemui di Balai Raya Kampung Lembah Bakti sejurus sebelum dipindahkan ke PPS (SJKC) Ai Chun.

Hadir sama, Pegawai Daerah Segamat, Nasri Mad Ali.

Faizul berkata, hujan berterusan sejak malam kelmarin menyebabkan air parit berdekatan kampung melimpah hingga membanjiri rumah penduduk.

“Perpindahan berjalan lancar dan penduduk memberikan kerjasama kerana bimbang kampung terputus hubungan seperti yang berlaku pada 2011,” katanya.

FAIZUL  (kanan) bersama penduduk memindahkan motorsikal yang terlibat banjir di Kampung Lembah Bakti, Labis.
FAIZUL (kanan) bersama penduduk memindahkan motorsikal yang terlibat banjir di Kampung Lembah Bakti, Labis.

ANGGOTA Bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Usaha Jaya dan Sungai Karas, Labis.
ANGGOTA Bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Usaha Jaya dan Sungai Karas, Labis.

Sementara itu Nasri berkata, penduduk di lokasi mudah di naiki air sekitar Segamat dinasihatkan peka dengan kenaikan air dan segera berpindah ke PPS berhampiran.

“Jangan tangguh untuk berpindah jika arahan dikeluarkan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Perpindahan dilakukan bagi menyelamatkan nyawa penduduk dan kami berharap semua mangsa memberikan kerjasama apabila perlu berbuat demikian,” katanya.

ANGGOTA bomba menyelamatkan kucing yang terperangkap ketika kejadian banjir di Kampung Sungai Rambai, Simpang Renggam.
ANGGOTA bomba menyelamatkan kucing yang terperangkap ketika kejadian banjir di Kampung Sungai Rambai, Simpang Renggam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 6:40 AM