Siraj Mohd Zaini

TIGA sekeluarga maut, manakala seorang lagi melecur selepas kediaman mereka terbakar dalam kebakaran di Jalan Binjai, Pandamaran, di Klang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa maut dikenali, Pua Yoke Moi, 70; Soon See Eng, 54, dan Ang Kar Hian, 22, yang juga lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui rentung dalam dua bilik tidur di rumah berkenaan.

Seorang lagi mangsa, Ang Cheng Kiat, 55, melecur 50 peratus dan dua lagi mangsa, Ang Kar Chin, 27, dan Ang Kam Siew, 30, berjaya menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.12 pagi dan sepasukan 24 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.

KEADAAN rumah mangsa. FOTO Ihsan Bomba.
KEADAAN rumah mangsa. FOTO Ihsan Bomba.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi api sudah marak namun tiga mangsa berjaya menyelamatkan diri.

“Mangsa yang maut dipercayai ahli keluarga termasuk ibu bapa serta nenek kepada mangsa yang selamat.

“Selain itu, tiga kenderaan di kawasan halaman rumah juga musnah terbakar,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang melecur sudah dibawa ke hospital manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 10:44 AM