SHARIFAH Rose mempunyai 481,000 pengikut di IG dan setiap foto dimuat naik mendapat puluhan ribu likes.
SHARIFAH Rose mempunyai 481,000 pengikut di IG dan setiap foto dimuat naik mendapat puluhan ribu likes.
SHARIFAH Rose bersyukur dengan kepercayaan dan peluang diberikan kepadanya. FOTO Salhani Ibrahim
SHARIFAH Rose bersyukur dengan kepercayaan dan peluang diberikan kepadanya. FOTO Salhani Ibrahim
Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: “Populariti mahupun kecantikan tidak kekal lama jadi saya sentiasa ingat pesan ibu dan ayah untuk meletakkan pendidikan sebagai keutamaan,” kata selebriti media sosial, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 21, atau lebih dikenali dengan nama Sharifah Rose.

Sharifah Rose yang juga anak sulung daripada dua beradik berkata, dia bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk kecantikan, model pakaian dan tudung serta pelakon sejak mempunyai bilangan pengikut yang ramai di laman sosial.

Namun, katanya, populariti dikecapi itu sedikit pun tidak akan menjadi alasan untuknya mengabaikan pelajaran walaupun sudah mempunyai platform untuk menjana pendapatan.

“Ikutkan, saya baru membuka akaun Instagram (IG) tiga tahun lalu iaitu selepas tamat persekolahan dan tak sangka pula, gambar swafoto diambil tular sehingga ke laman Twitter.

“Pelbagai komen diterima sejak gambar saya tular malah sehingga satu tahap, saya terpaksa menutup akaun selama seminggu untuk menenangkan diri.

“Susah juga pada mulanya untuk membiasakan diri dengan keadaan itu namun saya bersyukur kerana keluarga sentiasa menjadi tulang belakang sehingga ke hari ini,” katanya yang mempunyai 481,000 pengikut di IG.

Menurut Sharifah Rose, buat masa ini, segala urusan membabitkan tawaran dan bayaran diuruskan ibunya Noraini Dahlan, 45.

Sharifah Rose berkata, dia tidak keberatan mempertimbangkan sesuatu tawaran selagi ada kelapangan dan bersesuaian dengan imejnya yang berhijab.

SHARIFAH Rose mempunyai 481,000 pengikut di IG dan setiap foto dimuat naik mendapat puluhan ribu likes.
SHARIFAH Rose mempunyai 481,000 pengikut di IG dan setiap foto dimuat naik mendapat puluhan ribu likes.

“Buat masa ini, ibu bertindak sebagai pengurus jadi dia yang akan menyusun jadual selain memantau pergerakan walaupun tidak sempat menemani saya ke majlis atau set penggambaran.

“Secara tidak langsung, urusan jadi lebih mudah cuma cabarannya adalah ketika saya masih menyambung pengajian dulu kerana sibuk macam mana sekalipun, saya perlu ke kuliah dan memberi komitmen terhadap tugasan diberi oleh pensyarah.

“Kini, segalanya berjalan lancar memandangkan saya baru menamatkan pengajian asas undang-undang jadi ada masa untuk mengambil tawaran bersesuaian,” katanya yang bercadang menyambung pengajian peringkat ijazah dalam jurusan pengurusan perniagaan.

Mengenai pembabitannya dalam bidang lakonan pula, Sharifah Rose berkata, dia pernah menerima tawaran berlakon dalam telemovie pendek dan terbaru menerusi klip video lagu Vroom Vroom nyanyian Nabila Razali.

“Terima kasih kepada Nabila kerana memberi peluang untuk saya muncul dalam klip video itu dan jujurnya, bidang lakonan tidak mudah kerana menuntut komitmen tinggi terutamanya dari segi masa.

“Namun, berada di set bersama mereka adalah satu pengalaman berharga dan peluang keemasan buat pendatang baru seperti saya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Februari 2019 @ 10:29 AM