Zulfaizan Mansor


SUBKHIDDIN Mohd Salleh mengumumkan peletakan jawatan sebagai EXCO Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil badan induk itu, hari ini.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat Subkhiddin selepas sidang media Jawatankuasa Pengadil di Wisma FAM, Kelana Jaya, namun beliau masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas pelbagai kritikan yang diterima mengenai mutu pengadilan pada aksi final Piala Malaysia pada 27 Oktober lalu hingga membabitkan ahli keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 November 2018 @ 12:46 PM
 SUBKHIDDIN masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu.
SUBKHIDDIN masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu.