GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

KERAJAAN dalam pembentangan Belanjawan 2019 mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019, yang pertama bagi kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, di Dewan Rakyat hari ini turut mengumumkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

“Jumlah bayaran khas ini adalah sebanyak RM1 bilion,” katanya dalam pembentangan belanjawan sulungnya.

Lim berkata, berbanding pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, kerajaan Pakatan Harapan akan menyalurkan bayaran khas tersebut sebelum hujung tahun ini (2018).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 November 2018 @ 6:21 PM