KETUA Polis Sumatera Utara, Agus Andriyanto menunjukkan bahan bukti berkaitan kes pembunuhan tiga sekeluarga berkenaan dalam satu sidang media baru-baru ini. - Agensi
KETUA Polis Sumatera Utara, Agus Andriyanto menunjukkan bahan bukti berkaitan kes pembunuhan tiga sekeluarga berkenaan dalam satu sidang media baru-baru ini. - Agensi
Agensi

JAKARTA: Berang diejek gemuk macam gajah, seorang lelaki bertindak kejam membunuh tiga sekeluarga yang sering menghinanya itu sebelum dia ditahan polis.

Media Indonesia melaporkan, Agus Hariadi yang berasal dari Sumatera Utara membunuh jirannya itu sebelum mencampakkan mayat tiga beranak berkenaan ke dalam sungai berhampiran rumahnya dalam kejadian pada 8 Oktober.

Dia ditahan bersama tiga lagi suspek yang dipercayai menjadi rakan subahat terhadap pembunuhan itu.

Menurut Daily Mail, empat lelaki terbabit dituduh membunuh mangsa yang juga pasangan suami isteri, Muhajir, 49, dan Suniati, 50, bersama anak lelaki mereka berusia 12 tahun, M Solihin.

“Motif pembunuhan kerana dia berasa terhina sering diejek. Saiz badannya menjadi bahan jenaka mangsa.

“Mangsa sering mengeluarkan kata-kata seperti, “lihat, sekumpulan gajah sudah tiba” kerana saiz badan suspek yang gemuk,” kata Ketua Polis Sumatera Utara, Agus Andriyanto.

Katanya, berdasarkan soal siasat, Agus mendedahkan dia merancang pembunuhan itu dua hari sebelum kejadian.

Dia datang ke rumah mangsa kira-kira jam 11 malam dan berpura-pura mahu meminjam wang sebelum menghentak kepala salah seorang mangsa dengan batu.

Suspek kemudiannya mengikat keluarga terbabit dan membawa ke sungai berhampiran.

Bagaimanapun, M Solihin sudah dibunuh sebelum mayat dibuang ke sungai, namun Mujahir dan Suniati masih hidup ketika dihumban ke dalam sungai.

Polis turut menemui bukti lain termasuk telefon bimbit dan kereta sewa yang digunakan untuk membawa dan membuang mayat.

Semua suspek didakwa dengan tuduhan merancang pembunuhan dan boleh berdepan hukuman mati.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Oktober 2018 @ 6:30 AM