ANGGOTA polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala berhampiran kediamannya di Balai Polis Pekan Baru, hari ini. FOTO NSTP
ANGGOTA polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala berhampiran kediamannya di Balai Polis Pekan Baru, hari ini. FOTO NSTP
Shamsul Kamal

ANGGOTA polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala berhampiran kediamannya di Balai Polis Pekan Baru di Ipoh, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, mayat anggota polis berusia 29 tahun itu ditemui 6.15 pagi tadi di tepi rumahnya.

"Anggota polis itu ditemui mati dengan kesan satu tembakan yang menembusi kepalanya.

"Setakat ini, polis belum mengenal pasti senjata yang digunakan tetapi mengesyaki ia daripada senjata yang digunakan oleh anggota itu (ketika bertugas)," katanya pada sidang media di Balai Polis Pekan Baru di sini, hari ini.

Razarudin berkata, polis masih menyiasat motif kejadian termasuk sama ada anggota terbabit menembak diri sendiri, tertembak atau ada unsur lain.

Beliau berkata, anggota berkenaan masih belum berkahwin dan baru ditugaskan di balai polis berkenaan kira-kira dua hari lalu.

Katanya, sebelum ini anggota polis berkenaan bertugas bersama pasukan petugas khas Unit Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Oktober 2018 @ 10:49 AM