Fazrik Kamarudin


JENAZAH Allahyarham Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, pendaki rakyat Malaysia yang maut akibat gempa bumi di Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selaseh, Batu Caves, Selangor, malam ini.

Hujan renyai dan suasana pilu menyelubungi pengebumian berkenaan yang selesai pada jam 9.30 malam.

Jenazah Allahyarham diiringi kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.

Suami Allahyarham, Mohd Hafiz Mohd Kassim, 30, berkata dia rasa sangat sedih dan hiba sepanjang perjalanan membawa jenazah isteri kesayangannya pulang ke tanahair.

“Saya sangat sedih, (kerana) ketika kejadian itu dia berada jauh daripada saya. Bagaimanapun, saya bersyukur segalanya sudah selesai.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, Wisma Putra dan kerajaan Indonesia yang membantu memudahkan proses membawa pulang, dan terima kasih juga kepada sahabat dan rakyat Malaysia.

“Sama-sama kita doakan isteri saya, semoga dia ditempatkan dalam golongan orang berima,” katanya kepada pemberita selepas selesai pengebumian terbabit.

Terdahulu, jenazah Siti Nur Iesmawida tiba di Masjid Al Rahimah, Kampung Pandan pada jam 7 malam.

Turut menziarahi keluarga Allahyarham ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Berita berkaitan

[UPDATE] Terima kasih rakyat Malaysia... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah dijangka tiba 5 petang

[UPDATE] Jenazah dibawa pulang esok

'Syukur, dah selamat balik...[METROTV]

'Terbang' ke Lombok, sambut jenazah isteri

'Mudahkan urusan bawa balik jenazah isteri saya'

[UPDATE) Kehilangan besar buat warga TVET

[UPDATE] Seorang pendaki Malaysia terkorban [METROTV]

'[UPDATE] Tiga korban gempa bumi Lombok'

'Lombok bergegar !'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Julai 2018 @ 10:23 PM
MAZIHAH Mahmood yang tidak dapat menahan kesedihan ditenangkan suami Ismail Abd Raffar (kanan) dan menantu Mohd Hafiz Mohd Kassim (dua dari kanan) pada majlis pengebumian anaknya Siti Nur Iesmawida di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selaseh, Batu Caves, Selangor, malam ini. FOTO Asyraf Hamzah
MAZIHAH Mahmood yang tidak dapat menahan kesedihan ditenangkan suami Ismail Abd Raffar (kanan) dan menantu Mohd Hafiz Mohd Kassim (dua dari kanan) pada majlis pengebumian anaknya Siti Nur Iesmawida di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selaseh, Batu Caves, Selangor, malam ini. FOTO Asyraf Hamzah