YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Bernama
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Bernama
Wartawan NSTP


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baharu.

Pelantikan itu adalah mengikut "perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan."

Dr Mahathir diterima mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong pada 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.

Berikut adalah senarai nama diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong:

Perdana Menteri

1. Tun Dr Mahathir Mohamad (BERSATU - Langkawi)

Timbalan Perdana Menteri

2. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR - Pandan)

Barisan Menteri

BERSATU:

3. Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)

4. Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)

5. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (Titiwangsa)

PKR:

6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)

7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak)

8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:

9. Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)

10. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

11. Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)

12. Menteri Tenaga Manusia: M Kulasegaran (Ipoh Barat)

AMANAH:

13. Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu (Kota Raja)

14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub (Pulai)

15. Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)

Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada nama dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada 11.30 pagi Isnin, 21 Mei 2018 di Istana Negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mei 2018 @ 7:13 PM