Nabila Razali. FOTO NURUL SHAFINA JEMENON
Nabila Razali. FOTO NURUL SHAFINA JEMENON
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI dan pelakon, Nabila Razali, 26, meluahkan rasa sedih dan kecewanya kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dia yang kini berada di Turki terpaksa bekerja menjalani penggambaran drama bersiri Cintaku di Bumi Izmir.

“€Tentunya saya sedih kerana kalau diikutkan, ini adalah kali pertama saya akan turun mengundi. Tapi, nampak gayanya saya tak berpeluang membuang undi atas tuntutan kerja.

“€Apa nak buat, pihak produksi sudah merancang semuanya sebelum tarikh PRU diumumkan dan tiket untuk pelakon-pelakon pun sudah siap dibeli,”€ katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, walaupun sekadar satu undi, itu adalah untuk membantu masa depan negara.

“€Mungkin ada yang menganggap undi tak penting, tapi bagi saya, satu undi pun dapat mengubah nasib negara untuk masa depan.

“€Itu membuatkan saya rasa lebih terkilan kerana tak dapat menjadi sebahagian daripada sejarah negara,”€ katanya.

Nabila bagaimanapun ada berhubung dengan keluarga di tanah air bertanyakan mengenai keadaan sesi membuang undi di kawasannya, iaitu Selayang.

“€Saya tanya keluarga dan kawan-kawan di Malaysia mengenai situasi di sana dan menurut mereka, ramai yang keluar mengundi.

“€Bahkan, ada rakan-rakan saya yang sebelum ini tidak pernah menganggap undian dan PRU itu sesuatu yang penting pun, dah keluar mengundi tahun ini,”€ katanya.

Nabila juga sempat menitipkan pesanan kepada semua rakyat yang layak mengundi.

“€Apa juga parti yang kita pilih, pastikan ia mampu membawa negara kita ke arah yang lebih maju,”€ katanya.

Nabila yang berada di Turki sejak 27 Mac lalu akan meneruskan penggambaran drama 30 episod itu sehingga pertengahan Jun.

Selain Nabila, Cintaku di Bumi Izmir turut dibintangi beberapa pelakon lain antaranya Raysha Rizrose dan Hefny Sahad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mei 2018 @ 4:23 PM