PENANGKAP ular profesional Tim Fitzer menunjukkan ular berkenaan kepada media. - Agensi
PENANGKAP ular profesional Tim Fitzer menunjukkan ular berkenaan kepada media. - Agensi

Oklahoma (Amerika Syarikat): Niat baik untuk menyelamatkan seekor ular daripada digilis kereta, mengundang tragedi buat seorang lelaki yang mati akibat dipatuk dua kali reptilia berkenaan.

Kejadian berlaku pada Ahad lalu ketika lelaki terbabit, Barry Lester baru pulang daripada menyambut hari kelahirannya yang ke-57 di Oklahoma.

Dia sebelum itu memandu trak pikap bersama saudaranya ke Walnut Creek sebelum ternampak orok-orok itu di tengah jalan di daerah Osage, lalu berhenti untuk menangkap ular berkenaan bagi mengelaknya digilis kenderaan.

Lester sebelum ini dikatakan sudah biasa menangkap ular sejak beberapa tahun lalu yang sering dibebaskan berhampiran rumahnya untuk mengawal masalah tikus, lapor Tulsa World.

Menurut isterinya, ular sepanjang satu meter itu mematuk tangan kiri Lester sebelum mematuk pula tangan kanannya.

Dia kemudian menyimpan haiwan itu di dalam bekas peralatan kosong di belakang kenderaannya sebelum dikejarkan ke hospital.

Malangnya, dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Doktor memberitahu isterinya, kematian Lester akibat patukan ular yang diburukkan oleh masalah jantung dialaminya. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mei 2018 @ 5:48 AM