ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Teoh Pei Ying
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Teoh Pei Ying
Teoh Pei Ying


PENSYARAH universiti swasta yang juga imam dari Palestin ditembak mati di luar kondominium di Jalan Gombak, Setapak, hari ini ketika berjalan ke surau untuk menunaikan solat Subuh.

Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak mati dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal di hadapan kondominium itu, 6 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.

“Polis turut menemui 2 slug peluru di lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk menunaikan solat Subuh di surau berhampiran,” katanya yang memaklumkan satu sidang media akan diadakan di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 10:22 AM