Suliman berehat di sebuah  jambatan di Thailand dalam kayuhan menuju ke Tanah Suci Makkah.
Suliman berehat di sebuah jambatan di Thailand dalam kayuhan menuju ke Tanah Suci Makkah.
Suliman Abd Lah


Biarpun berdepan cabaran cuaca tidak menentu dan keadaan bentuk muka bumi yang berbukit dan landai, saya menamatkan kayuhan sejauh 515 kilometer selama empat hari ini.

Saya memulakan kayuhan basikal dari Hotel Changlun, Kedah melalui sempadan Bukit Kayu Hitam menuju ke Thailand melalui Sadao, Pattalong, Mai La Area, Surat Thani dan Lang Suan.

Sepanjang perjalanan saya menempuh keadaan cuaca panas, mendung dan hujan.

Saya sempat singgah bermalam di empat lokasi iaitu Masjid Al-Bushra, Phattalong, Masjid Al-Musalimeen, Mai La Area, Centre Mosque of Surat Thani dan Masjid Attauweed.

Alhamdulillah, kehadiran saya diterima baik kariah masjid dan penduduk setempat yang gembira menyambut saya.

Mereka membenarkan dan menyediakan ruang di masjid untuk saya menumpang tidur dan berehat sebelum meneruskan kayuhan.

Menariknya, masyarakat bukan Islam tidak kira lelaki mahupun wanita turut tidak ketinggalan menyantuni saya apabila berhenti makan atau berehat.

Makanan tidak menjadi masalah bagi saya kerana orang Islam sentiasa ada sepanjang perjalanan.

Misi kayuhan solo ke Makkah menggunakan basikal bermula Ahad lalu membabitkan perjalanan sejauh 10,000 kilometer bermula dari Changlun dan saya dijangka tiba di Makkah pada 16 Julai depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 April 2018 @ 7:05 AM