Alina diminta keluar rumah minggu lalu menyebabkannya buntu mencari rumah baru. FOTO SDT
Alina diminta keluar rumah minggu lalu menyebabkannya buntu mencari rumah baru. FOTO SDT
Sudirman Mohd Tahir


PESERTA Mentor Otai, Alina Hassan buntu apabila diminta keluar dari rumah didiami sekarang selepas tuan rumah ingin mengambil semula rumah itu.

Alina, 50, yang juga bekas juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 berkata, buat masa sekarang menetap di hotel yang disediakan pihak produksi Mentor Otai.

“€œSaya dimaklumkan tuan rumah sejak Disember tahun lalu lagi. Namun, saya minta ihsan untuk terus tinggal di situ kerana terbabit dalam program ini.

€œNamun, minggu lalu saya sekali lagi diarahkan keluar. Saya tidak tahu nak buat apa lagi. Saya buntu tambahan pula saya masih dalam pertandingan.

“€œNak sewa rumah baru saya tidak ada duit nak bayar wang pendahuluan. Sementara permohohan untuk dapatkan rumah DBKL melalui Seniman masih belum diluluskan. Saya kini tenggelam punca. Tidak tahu kepada siapa saya perlu mengadu dan mohon bantuan,”€ katanya kepada Harian Metro.

Alina yang pernah menghasilkan dua album berkata, dia berharap tuah dan rezeki berpihak kepadanya apabila terbabit dalam program itu bagi kelangsungan hidup selepas ini.

“€œSaya tidak kisah kalau dapat tempat kedua atau ketiga sekali pun, asalkan dapat duit. Sekurang-kurangnya saya boleh gunakan untuk menyewa rumah.

“€œSelepas berpisah dengan suami, saya tinggal seorang diri di Kuala Lumpur. Saya menyara hidup dengan menjadi pengawal keselamatan selama setahun dan kemudian jadi tukang cuci selama empat tahun.

“€œPendapatan saya perolehi sikit dan terpaksa ikat perut. Ada masa saya berpuasa, bila ada duit baru dapat makan,”€ katanya.

Selain itu, Alina yang juga ahli Seniman tetap berharap permohonan mendapatkan rumah bantuan DBKL melalui persatuan itu diluluskan segera.

“€œSaya tiga kali buat permohonan. Kali pertama pada 2012 yang mana terus kepada pihak terbabit. Bagi permohonan kedua (2016) dan ketiga (2017), saya minta bantuan Seniman pula sebab saya difahamkan mereka ada kuota untuk ahli.

“€œJadi, saya berharap Seniman dapat bantu saya. Selepas habis Mentor Otai, saya tidak tahu nak tinggal di mana lagi,”€ katanya.

Dalam program Mentor Otai, Alina adalah protege kepada penyanyi, Siti Sarah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 6:59 PM