Zulfaizan Mansor


TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menunjukkan surat peletakan jawatannya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding. Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM,” kata TMJ.

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Mac 2018 @ 3:05 PM