ORANG ramai keluar dari bangunan kediaman akibat gempa bumi di Kota Belud, malam ini. FOTO Ihsan Pembaca
ORANG ramai keluar dari bangunan kediaman akibat gempa bumi di Kota Belud, malam ini. FOTO Ihsan Pembaca
Mohd Izham Unnip Abdullah


GEMPA bumi berukuran 5.2 skala Richter dengan kedalaman 5 kilometer dilaporkan berlaku di Ranau, 9.06 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, gegaran berpusat di lokasi 6.1 Utara 116.6 Timur, kira-kira 16 kilometer Barat Laut Ranau.

BOTOL minuman berterabur di lantai sebuah pasar raya di Kota Kinabalu. FOTO Ihsan Pembaca
BOTOL minuman berterabur di lantai sebuah pasar raya di Kota Kinabalu. FOTO Ihsan Pembaca

Difahamkan, gegaran akibat gempa bukan sahaja dirasai di daerah berhampiran seperti Kota Belud dan Tuaran, malah sehingga ke Kota Kinabalu dan Papar, selain Lahad Datu di pantai timur.

Kejadian kali ini adalah gempa bumi paling kuat di Sabah selepas gempa bumi 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015 serta beberapa gempa susulan selepas itu.

BARANG berterabur di lantai sebuah pasar raya di Kundasang. FOTO Ihsan Pembaca
BARANG berterabur di lantai sebuah pasar raya di Kundasang. FOTO Ihsan Pembaca

Gegaran antara lima hingga 10 saat itu turut menyebabkan penghuni di apartmen sekitar Bandaraya Kota Kinabalu bergegas keluar rumah dan berkumpul di pekarangan bangunan sebagai langkah keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Mac 2018 @ 10:01 PM