SERPIHAN bangkai pesawat EP3704 di Gunung Dena. FOTO AFP
SERPIHAN bangkai pesawat EP3704 di Gunung Dena. FOTO AFP
AFP

Tehran: Bangkai pesawat EP3704 yang terhempas di pergunungan Zagros, menyebabkan 66 terbunuh dua hari lalu, ditemui pasukan penyelamat Iran semalam.

Jurucakap Pengawal Revolusi, Ramezan Sharif berkata, pasukan berkenaan yang membuat tinjauan menggunakan helikopter menemui bangkai pesawat terbabit di Gunung Dena.

“Pasukan penyelamat sejak dua hari lalu, melaksanakan operasi meninjau kawasan sekitar menggunakan dron dan pagi ini, dua helikopter diterbangkan ke kawasan kejadian,” katanya.

Pesawat milik syarikat penerbangan Aseman Airlines itu yang membawa 66 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang pagi Ahad, 45 minit selepas meninggalkan Teheran.

Misi menyelamat kembali dilaksanakan pagi ini selepas salji lebat dan kabus tebal selama dua hari melanda ibu negara.

Berita berkaitan

'Terhempas bersama 66 penumpang

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2018 @ 4:59 AM