Shamsul Munir Safini

PEMBANTU rumah warga Indonesia yang didera majikannya sebelum diselamatkan polis semalam meninggal dunia petang ini.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.

Ketika ditemui, dia mengalami kecederaan di kepala dan muka serta cedera di kedua dua kakinya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya sudah menahan dua beradik yang juga suspek berusia 36 dan 39 tahun bagi tujuan siasatan.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat mangsa bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita berkaitan:

Amah Indonesia didera

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Februari 2018 @ 6:06 PM
PEMBANTU rumah warga negara Indonesia berusia 21 tahun dibiarkan tidur di luar perkarangan rumah, selepas didakwa cedera serta lebam dan luka di beberapa anggota badan akibat didera majikannya di Taman Kota Perami, Bukit Mertajam. Susulan kejadian itu, polis menahan adik beradik berusia 39 dan 36 tahun untuk siasatan lanjut. FOTO Ihsan Pembaca