SATU lukisan menggunakan rambut yang dihasilkan Midhun. - Agensi
SATU lukisan menggunakan rambut yang dihasilkan Midhun. - Agensi
MIDHUN menggunakan jarum untuk menyusun ribuan rambut di atas kertas putih untuk menghasilkan lukisannya. - Agensi
MIDHUN menggunakan jarum untuk menyusun ribuan rambut di atas kertas putih untuk menghasilkan lukisannya. - Agensi
Agensi

New Delhi: Rambut yang dipotong mungkin tidak berguna lagi tetapi seorang artis muda berbakat di India, Midhun RR menjadikan rambut sebagai hasil seni unik.

Midhun berjaya mencipta teknik yang membolehkannya memanipulasi ribuan rambut yang dipotong menjadi lukisan yang menakjubkan.

Apa yang Midhun perlukan untuk menghasilkan karyanya adalah rambut, kertas putih dan jarum panjang untuk menggerakkan rambut berkenaan.

Dalam beberapa video yang dimuat naik di YouTube, Midhun dilihat menghasilkan lukisan dengan mudah tetapi dia mengakui untuk menyusun ribuan helai rambut adalah tugas yang sukar.

Untuk memudahkannya menyusun rambut itu, ia perlu dirawat secara kimia sebelum digunakan.

Rambut itu dipotong mengikut panjang yang diperlukan untuk menghasilkan imej yang ingin diciptanya dan disusun dengan cermat di atas kertas.

Apabila Midhun berpuas hati dengan hasil seninya, kertas itu akan diapit pada dua cermin untuk mengekalkannya.

Midhun memberitahu, dia mencipta seni monokromatik sendiri yang membabitkan penggunaan rambut sebagai elemen tunggal.

“Mengikut pengalaman, saya dapati sangat sukar untuk menyusun rambut mengikut kehendak saya.

“Bagi mengatasi masalah ini saya menggunakan teknik dengan merawat rambut secara kimia sebelum digunakan,” katanya dalam blog miliknya.

Selain rambut, Midhun bereksperimen dengan pelbagai medium untuk menghasilkan hasil seninya.

Artis berbakat itu pernah mencuba lukisan kopi, lukisan 3D, mengukir tempurung kelapa, model tanah liat, ukiran wayar dan pelbagai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2018 @ 6:03 AM