NOORISMALIZA Ahmad, 28, di sisi jenazah anaknya, Muhammad Arjuna Mohd Hafizi, 9 bulan, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat Johor, 7.53 petang Sabtu, 6 Januari 2017. FOTO Mohamad Fahd Rahmar
NOORISMALIZA Ahmad, 28, di sisi jenazah anaknya, Muhammad Arjuna Mohd Hafizi, 9 bulan, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat Johor, 7.53 petang Sabtu, 6 Januari 2017. FOTO Mohamad Fahd Rahmar
Mohamad Fahd Rahmat


MUHAMMAD Arjuna Mohd Hafizi, 9 bulan, yang perlu makan 108 pil sehari meninggal dunia selepas diserang sawan, darah tinggi dan komplikasi paru-paru, pada 7.53 petang ini.

Bapanya, Mohd Hafizi Jumhari, 31, berkata anak bongsunya itu mula nazak pada 4.30 petang.

Katanya, anaknya itu kemudian dipindahkan ke bilik khas untuk dipantau di Wad Kanak-Kanak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, Johor.

“Pada mulanya, Arjuna menunjukkan perkembangan positif apabila menjalani rawatan alternatif dan tradisonal selepas kami menghentikan semua ubat yang diambil sebelum ini.

“Arjuna mula dimasukkan ke HSNI, pada 1 Januari lalu, selepas sukar bernafas hingga menyebabkan mukanya kebiruan selain badannya kekejangan kerana sawan.

“Pada 4.30 petang, saya memanggil doktor kerana Arjuna sukar bernafas dan menyangkakan dia memerlukan bantuan oksigen.

“Tapi, doktor memberitahu Arjuna nazak selain diserang sawan dan mengalami darah tinggi,” katanya ketika ditemui di HSNI, hari ini.

Menurutnya, mereka reda dengan ketentuan Allah SWT dan jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Suluh, Batu Pahat, esok.

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 January 2018 @ 9:46 PM