TERTUDUH mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan. FOTO Syamsi Suhaimi
TERTUDUH mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan. FOTO Syamsi Suhaimi
Siti Nor Hidayatidayu Razali


IMAM warga Kemboja mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, 11 Disember lalu.

Tertuduh, Nory Kai, 28, membuat pengakuan itu di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyentuh kemaluan dan mencium pipi kanan, kiri serta mulut mangsa.

Kejadian itu dilakukan di Musalla Al Barakah Wakaf Stan, Kota Bharu, 7 petang, pada 11 Disember 2017.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Fellina Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 Januari tahun hadapan bagi menjatuhkan hukuman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Disember 2017 @ 5:11 PM