Ahmad Zahid (gambar kecil) FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Ahmad Zahid (gambar kecil) FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Mohd Husni Mohd Noor


INSIDEN pembunuhan tragis membabitkan seorang lelaki di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, malam Ahad lalu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan turut mengesahkan mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah ketua sebuah kumpulan kongsi gelap.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihak polis sudah mengenalpasti empat suspek yang terbabit dalam kejadian itu dan sedang menjejaki mereka.

"Polis juga sudah bersedia dengan sebarang tindakan balas dendam oleh kedua-dua kumpulan kongsi gelap berkenaan. Kami faham itu budaya (balas dendam) mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya hari ini.

Dalam kejadian pada malam Ahad lalu, mangsa yang berusia 30 an maut akibat tikaman dan hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian adalah 'stab wound to the heart' (luka tikaman ke jantung).

Selain ditikam, mangsa turut dilanggar dan digilis dengan sebuah kereta jenis BMW 520i sehingga mati.

Berita berkaitan

Rodok sampai jantung

Ditikam, dilanggar, digilis sampai mati [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2017 @ 11:44 AM