ABU menyelimuti pokok dan kawasan sekitar selepas Gunung Agung memuntahkan abu dan asap pada 26 November lalu. FOTO Instagram/@sang_petual4ng /Reuters
ABU menyelimuti pokok dan kawasan sekitar selepas Gunung Agung memuntahkan abu dan asap pada 26 November lalu. FOTO Instagram/@sang_petual4ng /Reuters
Reuters

Denpasar (Indonesia): Jumlah penerbangan sekali lagi dikurangkan semalam susulan kebimbangan angin berubah arah membawa semburan abu gunung berapi semula ke arah lapangan terbang Bali.

Syarikat penerbangan AirAsia, semalam, mengumumkan ia hanya beroperasi pada waktu siang untuk mengelak bahaya akibat abu yang mampu menggugat penglihatan pada waktu malam, selain keadaan angin di kawasan berkenaan sukar dijangka.

Pelancong Portugal, Martim Cazado berkata: “Mereka tidak boleh memberi jaminan sama ada kami boleh menaiki penerbangan seterusnya. Saya berharap dapat pulang ke negara asal melalui Singapura, tetapi setakat ini gagal.

“Melihat pada keadaan, ada kemungkinan kami terus terperangkap di sini selama beberapa hari.”

Gegaran terus dirasai di Gunung Agung yang tetap mengeluarkan asap dan abu manakala percikan lava dapat dilihat pada waktu malam.

SEORANG petani tetap terus mengusahakan ladangnya walau Gunung Agung memuntahkan abu dan asap di Karangasem, Bali.  FOTO EPA
SEORANG petani tetap terus mengusahakan ladangnya walau Gunung Agung memuntahkan abu dan asap di Karangasem, Bali. FOTO EPA

Sementara itu, kementerian pengangkutan Indonesia berkata, tiupan angin membawa abu berkenaan ke timur seterusnya membolehkan lapangan terbang beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, siklon tropika di selatan Pulau Jawa mengubah arah angin termasuk menuju ke arah Bali dan dijangka membawa hujan lebat serta angin kuat sehingga hari ini, kata agensi kaji cuaca, iklim dan geofizik negara itu.

Kira-kira 10,700 pelancong asing dan 6,400 tempatan meninggalkan Bali, kelmarin, menurut data lapangan terbang.

Ribuan penduduk masih berada di dalam zon bahaya sekitar gunung berapi dan enggan meninggalkannya untuk tujuan keagamaan atau semata-mata tidak mahu mengabaikan kediaman serta ternakan mereka.

Berita berkaitan

AirAsia had penerbangan ke Bali

Nak ke Bali? Tangguh dulu...

Bali: Imigresen hantar pegawai

120,000 pelancong terkandas di Bali

Bas percuma ke Terminal Bas Mengwi

Lapangan terbang Bali tutup sampai esok

Semoga selamat pulang

22 penerbangan dibatalkan

Penerbangan pergi, keluar Bali dibatalkan

‘Demi keselamatan, saya reda’

32 penerbangan AirAsia dibatalkan

Asap setinggi 4,000 meter

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2017 @ 5:47 AM