Faizul, Afzarina nikah di Tawau, Sabah. FOTO Ehsan Yusran Yusup.
Faizul, Afzarina nikah di Tawau, Sabah. FOTO Ehsan Yusran Yusup.
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI Faizul Sany atau Mohd Faizul Sany, 32, menafikan berkahwin secara rahsia dengan Afzarina Yahya, 26, atau Aenn, Jumaat lalu.

Katanya, banyak sebab mengapa majlis yang diadakan di Tawau, Sabah itu tidak diketahui media.

“Saya bukan merahsiakan perkahwinan kerana keluarga kedua-dua pihak dan rakan-rakan sedia maklum mengenainya.

“Tiada niat langsung untuk membelakangkan media ataupun peminat. Cuma saya kini bergerak sendiri dan tidak ada pengurusan menyebabkan saya terpaksa menguruskan semua sendiri.

“Telefon saya pula rosak dan banyak nombor rakan-rakan media hilang.

“Tambah pula majlis akad nikah dan bersanding berlangsung di Sabah. Kalau di Kuala Lumpur, tentu saya jemput semua,” katanya kepada Harian Metro.

Juara Akademi Fantasia 2013 (AF2013) dan dikenali dengan lagu Sepasang Sayap itu bertemu jodoh dengan gadis sekampung yang bertugas sebagai pramugari.

Majlis pernikahan berlangsung Jumaat malam diikuti resepsi keesokan hari.

Kata Faizul, buat masa ini belum ada perancangan untuk mengadakan majlis di Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 November 2017 @ 7:31 PM