Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Apabila disebut pemuzik jalanan atau buskers, ramai yang cenderung mengaitkan golongan ini dengan gambaran negatif kerana imej sebahagian mereka yang ranggi, malah ada juga yang menganggap mereka peminta sedekah.

Bagaimanapun, tanggapan itu kini sudah tidak relevan kerana ramai golongan profesional mula menyertai aktiviti busking sebagai punca pendapatan tambahan.

Siapa sangka lelaki ini yang dulunya duduk di kerusi empuk dan berada di tempat tertinggi dalam mahkamah sanggup berhenti kerja sebagai majistret berikutan tiada masa lagi untuk busking.

Bekas majistret, Ahmad Dzulfadzli Hamdan, 33, tidak menyesal meninggalkan kerjaya itu demi memenuhi keinginan dan hobi untuk busking bersama enam lagi rakannya serta menubuhkan kumpulan Bintulu Buskers.

AHMAD Dzulfadzli berasa kosong ketika bertugas sebagai majistret. FOTO NSTP
AHMAD Dzulfadzli berasa kosong ketika bertugas sebagai majistret. FOTO NSTP

“Saya bertugas sebagai majistret di Mahkamah Bintulu, Sarawak selama lima tahun bermula 2008 sebelum ditukarkan ke Mahkamah Majistret Kuching sehingga 2016.

“Kemudian saya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada akhir 2016 sebelum meletakkan jawatan Mac lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro hari ini untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 6:10 AM