Charles Manson mati pada usia 83 tahun ketika menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di California. - Foto REUTERS/Arkib
Charles Manson mati pada usia 83 tahun ketika menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di California. - Foto REUTERS/Arkib
Reuters

ketua kumpulan ajaran sesat yang bertanggungjawab memimpin pengikutnya melakukan pembunuhan, termasuk pelakon Sharon Tate pada 1960-an, mati pada usia 83 tahun ketika menjalani hukuman penjara sepanjang hayat.

Menurut kenyataan Jabatan Pemulihan California (Jabatan Penjara), Manson meninggal dunia di Hospital Daerah Kern tanpa memberi penjelasan lanjut.

Manson menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di Penjara Negeri Corcoran kerana mengarahkan pembunuhan sembilan orang, termasuk Sharon.

Pelakon Sharon Tate (kanan) dan kanan, Sharon bersama suaminya Roman Polanski pada 20 Januari 1968 di London, selepas perkahwinan mereka. - Foto AFP
Pelakon Sharon Tate (kanan) dan kanan, Sharon bersama suaminya Roman Polanski pada 20 Januari 1968 di London, selepas perkahwinan mereka. - Foto AFP

Lelaki itu menjadi penjenayah kejam dan terkenal abad ke-20 selepas mengarahkan pengikut muda, semuanya wanita, membunuh sembilan orang dengan tujuh mangsa yang menurut pendakwaraya, bertujuan mencetuskan perang perkauman.

Sharon yang ketika itu berusia 26 tahun dan sedang hamil lapan bulan, ditikam 16 kali pada awal pagi 9 Ogos 1969 oleh pengikut Manson di rumah sewanya di Benedict Canyon, Los Angeles. Suami Sharon ketika itu ialah penerbit filem Roman Polanski.

Empat rakan pelakon itu, termasuk pewaris syarikat kopi Abigail Folger dan pendandan rambut Jay Sebring, juga dibunuh, sama ada ditikam atau ditembak yang menulis perkataan ‘Pig’ pada pintu rumah dengan darah. Polanski berada di Eropah ketika kejadian.

Pada malam esoknya, pengikut Manson menikam pemilik kedai runcit Leno LaBianca dan isterinya, Rosemary, menggunakan darah mereka untuk menulis ‘Death to Pigs’ dan ‘Healter Skelter’ - ejaan salah untuk lagu Beatles ‘Helter Skelter’ pada dinding dan peti sejuk.

Mangsa pembunuhan Manson dan kumpulannya, (barisan atas dari kiri) Voytech Frykowski, Sharon Tate, Stephen Parent. (Barisan tengah dari dari kiri) Jay Sebring, Abigail Folger, Gary Hinman. (Barisan bawah dari kiri) Leno LaBianca, Rosemary LaBianca dan Donald Shea. - Foto DM
Mangsa pembunuhan Manson dan kumpulannya, (barisan atas dari kiri) Voytech Frykowski, Sharon Tate, Stephen Parent. (Barisan tengah dari dari kiri) Jay Sebring, Abigail Folger, Gary Hinman. (Barisan bawah dari kiri) Leno LaBianca, Rosemary LaBianca dan Donald Shea. - Foto DM

Walaupun Manson tidak terbabit melakukan pembunuhan itu namun dia didapati bersalah mengarahkan pembunuhan terbabit, termasuk pembunuhan guru muzik Gary Hinman pada 1969 dan pelakon aksi Donald "Shorty" Shea.

Manson dijatuhkan hukuman mati bagi pembunuhan Sharon dan LaBianca namun hukuman itu kemudian ditukar kepada penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Agung California memansuhkan hukuman mati pada 1972.

Dilahirkan sebagai Charles Milles Maddox pada 12 November 1934, di Cincinnati oleh ibunya yang baru berusia 16 tahun, kehidupan remaja Manson banyak menumpang saudara-marah dan memasuki pusat tahanan juavana. Pada usia 13 tahun, dia sudah terbabit dalam rompakan bersenjata.

Selepas dibebaskan dengan parol pada 1967, Manson membentuk kumpulan ajaran sesatnya San Francisco yang ketika itu menjadi tumpuan budaya hippi.

Kumpulan itu yang berpindah ke sebuah ladang di Los Angeles menggalakkan seksual beramai-ramai dan dadah sebagai cara hidup dan Manson menjadi ‘penyelamat’ kepada remaja yang lari dari rumah serta penjenayah.

Seorang pengikut mendakwa melihat Manson menghidupkan kembali burung mati dan seorang lagi yakin Manson boleh mendengar dan melihat apa yang dilakukannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2017 @ 4:55 PM