Bangkai tapir dewasa dengan kesan potongan di bahagian badan selepas diselamatkan.
Bangkai tapir dewasa dengan kesan potongan di bahagian badan selepas diselamatkan.
Mohd Azam Shah Yaacob


JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memandang serius kes seekor tapir mati dipercayai akibat penggunaan kaedah pengendalian penyelamatan kurang sesuai dalam kejadian di Taman Desa Saujana, Batu 14 Hulu Langat, kira-kira 1.30 pagi semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tapir berkenaan dipercayai mengalami keletihan dan tertekan apabila dijerut di bahagian leher ketika diselamatkan seterusnya menyebabkan haiwan itu mati.

Katanya, orang awam tidak sepatutnya mengambil tindakan sewenang-wenangnya menyelamatkan haiwan seperti tapir yang tersenarai sebagai spesies dilindungi sepenuhnya  di bawah Akta 716, sebaliknya mereka perlu menghubungi PERHILITAN .

“€œKematian tapir ini akan memberi kesan kepada populasi hidupan liar dihabitatnya dan atas faktor itu, kita memandang serius kes ini.

“€œBagaimanapun, punca kematian akan ditentukan melalui bedah siasat yang akan dijalankan,”€ katanya.

Menurut Abdul Kadir, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap kes itu berikutan mendapati ada bahagian badan haiwan itu iaitu kulit, telinga, kaki kanan hadapan dan belalai dipotong.

Katanya, individu mengambil bahagian hidupan itu boleh disabitkan di bawah Seksyen 68 dan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2017 @ 10:46 AM