Empat pelajar sekolah menengah maut sejurus melanggar lubang.
Empat pelajar sekolah menengah maut sejurus melanggar lubang.
Fardy Bungga


IDENTITI empat pelajar yang maut dalam kemalangan di Jalan Kanibongan-Pitas dikenal pasti sebagai Rebecca Stacey Saimon, 16, Dayang Munisah Exon, 18 dan Evi Elsie Jukirim, 18.

Manakala seorang lagi mangsa, Sweeta Kongkoyan, 18, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Izaan Abdullah berkata, pelajar yang parah adalah Mikhievinlee Lotijin, 18, dan kini dirawat di Hospital Queen Elizebeth Kota Kinabalu.

Katanya, punca kemalangan dipercayai akibat kenderaan dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan raya.

"Semua mangsa yang meninggal dunia adalah pelajar perempuan manakala pelajar lelaki hanya mengalami kecederaan,” katanya.

Dalam kejadian 6.30 pagi tadi, sembilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas 2 terbabit yang menaiki Toyota Avanza dikatakan terbabas selepas kenderaan dinaiki melanggar lubang di jalan berkenaan.

Semua pelajar tingkatan empat dan enam itu dalam perjalanan dari Kanibongan menuju ke Pitas.

Katanya, mangsa yang maut adalah penumpang manakala pemandu kenderaan hanya mengalami kecederaan ringan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Oktober 2017 @ 1:55 PM