GAMBAR oleh titikNol ini memaparkan penduduk menunjukkan rumah berkenaan.
GAMBAR oleh titikNol ini memaparkan penduduk menunjukkan rumah berkenaan.


KERANA marah dikejutkan daripada tidur, lelaki memukul kepala dua anak dan isterinya dengan palu atau tukul besi sebelum mengamuk sehingga merosakkan harta benda jirannya.

Menurut laporan media dalam talian, hari ini, kejadian itu berlaku pada kira-kira 4 petang semalam.

Berlaku di kawasan perumahan awam di Kampung Kalodran, daerah Walantaka di Kota Serang, kira-kira 100 kilometer dari Jakarta.

Stanley yang berang dengan anaknya yang mengejutkannya terus mencapai palu dan memukul kepala dua anaknya, Marcel, 8, dan April, 5.

Dia kemudian memukul pula kepala isterinya, Diah, yang berusia 35 tahun.

Ketua Rukun Tetangga kawasan perumahan awam itu, Harahap dipetik berkata, kejadian itu kemudiannya disedari beberapa jirannya apabila terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri lelaki terbabit.

Katanya, selepas beberapa jiran datang ke rumah mangsa, lelaki terbabit kemudiannya keluar, mengamuk, memecahkan beberapa kenderaan, cermin tingkap dan beberapa rumah dengan menggunakan palu itu.

“Penduduk kampung kemudiannya beramai-ramai menangkap lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis,” katanya.

Lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini ditahan di balai polis Kota Serang.

Anak dan isterinya pula dirawat di berdekatan kerana parah pada bahagian kepala.

Berita berkaitan

Kejam! Kesal Dibangunkan Tidur, Suami Palu Istri dan Dua Anaknya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2017 @ 10:43 AM