FOTO pembaca & Silverian Kerian Infozone
FOTO pembaca & Silverian Kerian Infozone
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


PELANGGAN restoran di Parit Buntar bertempiaran apabila lelaki mengamuk dan merosakkan peralatan di dalam premis berkenaan, awal pagi ini.

Lelaki berkenaan turut bertindak mengacukan senjata dipercayai parang kepada pelanggan yang menyaksikan kejadian itu.

Lelaki yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek itu akhirnya ditangkap sepasukan anggota polis dan orang awam, dalam kejadian dikatakan pada 1.40 pagi.

Lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Rakaman video kejadian itu turut dirakam orang awam dan tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kerian dijangka membuat sidang media dalam masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2017 @ 9:57 AM