FOTO Syamsi Suhaimi
FOTO Syamsi Suhaimi
Muhaamad Hafis Nawawi & Muhamaad Razis Ismail


YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, hari ini.

Turut sama Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Rizam Tengku Aziz.

FOTO Syamsi Suhaimi
FOTO Syamsi Suhaimi

Solat Aidiladha diimamkan Imam Muda Masjid Al Sultan Ismail Petra, Abdul Bari Abdullah dan disertai lebih 5,500 jemaah.

Baginda kemudian mendengar khutbah disampaikan Imam Tua masjid itu, Sabri Abdullah.

Di ALOR SETAR Sultanah Kedah, Sultanah Hajah Haminah Hamidun menunaikan solat Aidiladha di Masjid Zahir, Alor Setar.

Ketibaan baginda disambut Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan dan Usahawan negeri, Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, Datuk Mohd Zohdi Saad.

Lebih 2,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir yang diimamkan oleh Datuk Sheikh Roslan Abdul Halim.

Di JOHOR BAHRU Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menunaikan solat Aidiladha di Masjid Pasir Pelangi bersama hampir 1,000 jemaah.

FOTO Mohd Azren Jamaludin
FOTO Mohd Azren Jamaludin

Turut sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Suami Tunku Puteri Johor, Dennis Muhammad Abdullah dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, turut sama berjemaah.

Di KUANTAN Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota.

Baginda kemudian menyaksikan ibadah korban yang turut diadakan di perkarangan masjid yang sama.

FOTO Muhd Asyraf Sawal
FOTO Muhd Asyraf Sawal

Di SHAH ALAM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ditemani Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.

FOTO Roslin Mat Tahir
FOTO Roslin Mat Tahir

Di IPOH Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi.

FOTO Effendy Rashid
FOTO Effendy Rashid

Di KUALA TERENGGANU Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ditemani anakndanya, Tengku Muhammad menunaikan solat Aidiladha di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2017 @ 11:18 AM