AYDA Jebat. FOTO Nizar Hafiz Mustafa
AYDA Jebat. FOTO Nizar Hafiz Mustafa
Najiy Jefri


Menuju gemilang bukan mudah apatah lagi memilih jalan hidup dalam bidang seni yang mempunyai banyak rintangan dari segenap inci penjuru.

Namun, setiap ujian yang mendatang tidak sesekali melemahkan semangat Nur Suhada Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat untuk terus mencernakan karier seninya dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Kata Ayda, sebagai artis, dia faham setiap yang berlaku itu dan sedia menerima tepuk tampar dunia seni.

Paling utama, dia perlu bekerja keras dan memberikan sepenuh fokus secara total terhadap kerja.

“Tak pernah saya waswas dengan langkah yang saya pilih ini. Betul, memang ada banyak dugaan tapi tidaklah sampai saya mahu berhenti. Kadang-kadang perkara kecil yang berlaku membuatkan saya mahu buktikan mampu menjadi lebih besar,” kata Ayda yang sentiasa optimis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2017 @ 3:56 AM