PENANDA arah kiblat yang dibina JAWI tidak selari dengan kubur. FOTO Ihsan pembaca
PENANDA arah kiblat yang dibina JAWI tidak selari dengan kubur. FOTO Ihsan pembaca
Amir Abd Hamid dan Muhammad Saufi Hassan dan Rizanizam Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Walaupun diletakkan binaan konkrit penanda arah kiblat namun lebih 20 kubur baru di Tanah Perkuburan Islam Kawasan C Pantai Dalam, di sini, tersasar lebih 30 darjah daripada arah kiblat.

Penandaan kiblat konkrit itu terletak kurang 50 meter daripada lokasi kubur yang tersasar dan kebanyakannya pusara baru.

Binaan penanda kiblat itu dibangunkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan diperakui Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Hasil pemerhatian mendapati hampir semua kubur baru terpesong daripada kiblat asal dan kesalahan itu sangat ketara berbanding kubur lama yang mengikut kiblat.

Tambah menghairankan, kurang dari 50 meter daripada kubur baru itu terdapat struktur konkrit penanda kiblat yang didirikan JAWI dan ia jelas kelihatan sebagai panduan sebelum mengorek liang lahad.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2017 @ 6:53 AM