SERGIO Aguero. FOTO AFP
SERGIO Aguero. FOTO AFP
AFP

Houston, AS: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan beliau tidak bercadang menjual Sergio Aguero, namun mengesahkan kelab itu berunding dengan “tiga atau empat” pemain yang berpotensi dibeli.

Guardiola jelas mahu menutup terus spekulasi mengenai masa depan penyerang Argentina, Aguero.

“Dia pemain kami. Dia akan kekal di sini,” ujar Guardiola mengenai Aguero.

Bos City itu bagaimanapun agak berteka-teki mengenai kemungkinan mendapatkan khidmat pemain Arsenal dan Chile, Alexis Sanchez.

Sanchez dilaporkan berhasrat meninggalkan Emirates sekalipun pengurus Arsene Wenger membayangkan pemain itu tidak akan dijual.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Julai 2017 @ 4:42 AM