DARI kiri, Suhaimi, Ahmad Shafuddin, Azmi dan Azami menyiapkan cendawan untuk proses pembungkusan yang dilakukan secara manual.
DARI kiri, Suhaimi, Ahmad Shafuddin, Azmi dan Azami menyiapkan cendawan untuk proses pembungkusan yang dilakukan secara manual.
BEG akan dibersihkan selepas cendawan dituai.
BEG akan dibersihkan selepas cendawan dituai.
Noor Hidayah Tanzizi


Lumut: Ketekunan lima sahabat mengusahakan tanaman cendawan tiram memberikan pulangan lumayan walaupun proses penjagaannya sukar dan membabitkan kos tinggi.

Projek Tanaman Cendawan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 8 yang dijalankan dengan kerjasama antara Jabatan Pertanian Perak dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bermula dua tahun lalu menjadi permulaan buat Ahmad Shafuddin Ramli, 47, Suhaimi Yassin, 45, Azami Md Daud, 46, Azmi Shaari, 44, dan Abdul Razak Abdul Malik, 46.

Menurut Azami, dia dan empat rakan lain adalah pesara TLDM yang diberi peluang untuk mengusahakan tanaman cendawan sebagai sumber pendapatan sampingan selepas menamatkan perkhidmatan.

“NBOS 8 kerjasama antara Jabatan Pertanian dan TLDM yang mempunyai dua pilihan iaitu cili fertigasi dan cendawan tiram bagi melatih serta mendedahkan kepada anggota dan keluarga tentera bidang yang mampu menjana pendapatan, sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka.

“Alhamdulillah, hasilnya sangat memberangsangkan dan pulangan juga lumayan biarpun pengurusan tanaman cendawan tiram sukar kerana ia sensitif terutama membabitkan kebersihan yang tinggi dan mencabar dengan serangan kulat hijau.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Julai 2017 @ 8:26 AM