IZARA Aishah. FOTO  Nizar Hafiz Mustafa
IZARA Aishah. FOTO Nizar Hafiz Mustafa
Sudirman Mohd Tahir


Selepas tiga tahun menjalin hubungan dengan Adib Khalid yang juga anak tiri kepada penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza, Izara Aishah mengesahkan dia bakal berkahwin dengan jejaka itu sebelum hujung tahun ini.

Apa yang menarik, tahun ini adalah Aidilfitri terakhir Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisyam sebagai orang bujang.

Namun begitu, pada 1 Syawal baru-baru ini, Izara dan Adib tidak dapat beraya bersama kerana kekasihnya itu menyambut Aidilfitri di Kedah.

“Seperti semua tahu, insya-Allah sebelum hujung tahun ini saya dan Adib bakal berkahwin. Cuma sebagai wanita tak manis jika saya terlalu bercerita. Kalau boleh soal perkahwinan ini keluar daripada mulut Adib.

“Cukup untuk saya katakan, buat masa sekarang sudah ada persiapan dijalankan. Namun, saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. Saya pasti maklumkan kepada semua. Apa yang penting doakan segala apa yang dirancang berjalan lancar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Jun 2017 @ 7:28 AM