Mohamad Fahd Rahmat


LELAKI dikenali sebagai Ali Itik dan Mustaqim ditangkap 1.40 tengah hari tadi bagi membantu siasatan kekecohan di Bazar Ramadan Bandar Kluang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, keduanya ditahan ketika hadir memberi keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang.

Beliau berkata, bagaimanapun keduanya dibebaskan dengan jaminan polis mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

"Ali Itik dan Mustaqim diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Ali Itik dan Mustaqim antara dua lelaki yang dikenal pasti terbabit dalam insiden kekecohan program agihan kurma oleh parti politik di Bazar Ramadan Bandar Kluang, Johor petang semalam yang videonya tular di laman sosial.

Berita berkaitan:

Ali Itik, Mustakim antara yang dikenal pasti

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2017 @ 7:36 PM